#PILIHAN HATI ~ Priyanka Chopra bertunang dengan penyanyi muda AS

GAMBAR fail pada 28 Jun lalu menunjukkan Priyanka ditemani Jonas ketika menghadiri satu majlis di Mumbai, India. - AFP 

 NEW YORK - Bintang filem India, Priyanka Chopra bertunang dengan penyanyi muda Amerika Syarikat (AS), Nick Jonas selepas khabar angin bertiup kencang dalam tempoh dua bulan hubungan mereka, kata satu laporan semalam.

 Majalah People, memetik sumber yang rapat kepada pasangan itu tetapi enggan dikenali berkata, Jonas, 25, melamar Priyanka di London semasa dia menyambut hari lahir ke-36 selepas memilih sebentuk cincin di butik barangan kemas, Tiffany di New York.

 Wakil kedua-dua bintang itu bagaimanapun tidak memberi sebarang respon ketika diminta memberi komen mengenai perkara itu.

 Namun pengarah filem, Ali Abbas Zafar menarik perhatian mengenai pertunangan itu apabila memberitahu Priyanka meninggalkan lokasi penggambaran filem Bharat iaitu sebuah drama sejarah mengenai India moden.

 “Alasan yang diberikan sangat istimewa. Dia memberitahu kami mengenai Nick serta keputusannya dan kami sangat gembira untuknya,” katanya melalui Twitter. 

 Priyanka yang memenangi ratu cantik Miss World pada tahun 2000 menjadi salah satu bintang Bollywood yang dikenali serta turut mencapai kejayaan di Barat.

 Priyanka turut membintangi drama siri penyiasatan, Quantico di rangkaian stesen te­levisyen ABC di AS, dalam kariernya sebagai penyanyi, dia turut mengeluarkan lagu bersama penyanyi di carta teratas AS seperti Pitbull dan The Chainsmokers.

 Jonas pula mencipta nama sejak dari kecil ketika bersama kumpulan The Jonas Brothers yang dianggotai adik-beradiknya.

 Pemuda itu juga merupakan pelakon teater dan te­levisyen, Jonas kembali ke dunia muzik sebagai seorang yang dewasa, imej matang dan selalu dilihat sebagai simbol seks.

Dia juga dikaitkan dengan beberapa wanita terkenal se­perti Miley Cyrus dan Selena Gomez. – AFP

No comments