#VIDEO TOP ~ PSY dedah kisah mengejutkan sebalik kejayaan Gangnam Style

PSY: "Saya tidak mempunyai peminat antarabangsa, jadi kenapa perlu memuat naik? - Sumber: Soompi.com 

 PENYANYI popular, PSY telah berkongsi kisah yang mengejutkan di sebalik kejayaannya yang melanda Gangnam Style. 

 "Sejujurnya saya tidak tahu apa itu YouTube. Seorang pekerja memberi cadangan kepada saya untuk memuat naik Gangnam Style di YouTube
 "Saya tidak mempunyai peminat antarabangsa, jadi kenapa perlu memuat naik? "Akhirnya kami memuat naik video itu di YouTube dan kini meraih lebih tiga bilion penonton yang menonton," kata PSY. 

 Penulis lagu Kim Hyung Suk juga menggambarkan kesan selepas kewujudan Gangnam Style.

 "Susah untuk bekerja dengan pemuzik asing tetapi selepas PSY, saya menerima banyak panggilan dari luar negara," katanya. - Teks: Noor Zulaikha Yusof

No comments