#WOW ~ Lagu Lavida Raya Nyanyian Datuk Seri Vida Jadi Trending Top 1 Dalam Masa 18 Jam


Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) berjaya membuktikan bakatnya sebagai penyanyi diterima khalayak apabila lagu terbarunya, Lavida Raya menjadi 'trending' top 1 di YouTube dalam tempoh 18 jam.

 Ia adalah pencapaian membanggakan buat beliau selepas melancarkan lagu sempena menyambut Aidilfitri itu kelmarin.

 Dalam satu kenyataan daripada pihak pemasaran lagu itu, difahamkan sambutan positif peminat DSV kerana lagu tersebut mempunyai elemen 'catchy' dan rancak yang membuatkan pendengar ingin menyanyi dan turut sama menari.

 Memberi kelainan, DSV memilih untuk menghasilkan muzik video Lavida Raya di kediamannya dan menggunakan penari dalam kalangan kenalan sendiri serta dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak sebagai watak utama.

 

Menurut DSV, gaya tarian di dalam muzik video itu adalah hasil idea Cik B dan beliau sendiri kerana ingin menceriakan suasana hari raya buat semua peminat dan pendengar apabila sahaja menonton muzik video ini.

 Bersempena dengan pelancaran muzik video Lavida Raya di laman YouTube kelmarin, beliau akan memberikan hadiah bernilai RM100 serta barangan peribadi miliknya setiap hari selama seminggu kepada peminatnya.

 Syaratnya, peminat perlu kongsikan muzik video tersebut dengan hashtag #lavidaraya di akaun media sosial serta komen terbaik sebelum dipilih sebagai pemenang.

 DSV juga menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan muzik video Lavida Raya termasuk semua staf, keluarga dan sahabat.[Gempak]

No comments