#OK JE ~ Saya Hati Kering,Tak Kisah Apa Peminat Nak Komen Pasal Rambut - Scha Al Yahya

Scha Al Yahya tidak ambil peduli tentang komen netizen dan orang ramai tentang gaya rambut baharunya yang disamakan dengan kobis dan mop lantai. 

 Pelakon, Scha Al Yahya tidak berasa terkesan walau sedikit apabila isu rambut pendeknya menjadi perdebatan peminat pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.


Scha atau nama sebenarnya Sharifah Mor Azean Al Yahya, 35, memberitahu, apa yang penting dia gembira dengan penampilannya dan tidak mahu terlalu ambil kisah dengan pendapat orang ramai yang ada kalanya melampaui batas.
 “Saya gembira dapat potong rambut pendek kerana sudah beberapa tahun menyimpan rambut panjang, jadi ia seperti satu imej baharu dalam kerjaya saya.


“Apabila ada orang menyamakan rambut saya dengan kobis dan mop lantai, saya okey sahaja kerana saya seorang yang hati kering, mereka boleh mengata saya, cuma jangan sentuh anak saya sahaja,” katanya .
Tambah isteri kepada Awal Ashaari itu lagi, dia mengambil keputusan untuk memotong rambut sebagai tanda komitmen untuk membawa watak Zarina dalam Bikin Filem yang bakal ditayangkan pada September ini.

 Katanya, walaupun dia boleh memilih untuk memakai rambut palsu namun berasa lebih puas jika memotong terus rambutnya.


“Saya berasa bebas kerana sudah lama tidak berambut pendek, jadi buat masa sekarang, saya akan menikmati gaya ini sepuas-puasnya,” katanya lagi. 

 credit:BeautifulNara/Kosmo

No comments