#MEMALUKAN ~ Azza Elite Kecam Faiz Roslan Buat Pengakuan Tak Solat & Tak Puasa

Pelakon dan penyanyi Azza Elite kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh instafamous, Faiz Roslan di media sosial.

 Menerusi entri di Instagram (IG), Azza secara terbuka menegur tindakan yang dilakukan oleh Faiz yang membuat pengakuan tidak solat lima waktu dan mempersoalkan puasa.
 "Sebab itula aku sokong apa Sharnaaz cakap. Cakap baik-baik pujuk tak makan saman budak ni, berani sangat-sangat dah dia. Bukan suka-suka nak marah kau, tapi bersebab! 
 "Kami perempuan jika tak puasa pun malu nak cakap tak puasa tapi kau bangga nau-nau. Kalau tak tegur esok Allah tanya kenapa tak tegur? Atleast habis dah bahagian kami. 
 "Kalau ya pun nak femes jangan sampai permainkan puasa dan solat. Kami pun tak baik dik, so sama-samalah perbaiki. Semoga Tuhan beri kamu kesempatan sebelum ditarik nikmat yang kamu ada sekarang.
 "Sebelum itu ku minta maaf sebab tegur mu eh faiz! You watch out! ALLAH bagi kelebihan famous! 
Famous erk? Adik oh adik kau jangan buat gitu dik! Mana malu kau dengan ALLAH? Kau bangga kau tak solat, kau bangga kau tak puasa. "Kenapa mu begitu? Jangan sampai ALLAH tarik nikmat kita dik," tulisnya. 
 Rata-rata bersetuju dengan Azza dan mereka berharap agar Faiz berfikir lebih panjang sebelum melakukan apa-apa perkara yang boleh mendatangkan kemarahan orang ramai pada dirinya.

 Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad mengkritik tindakan Faiz Roslan kerana memuat naik video tarian sambil berpakaian seperti wanita ke akaun media sosialnya.[Astro Gempak]

No comments