#KUNCI MULUT ~ Uqasha tutup ruangan komen di Instagram


Pelakon Uqasha Senrose telah menutup ruangan komen di akaun Instagram selepas dia ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes pemilikan dadah jenis eramin 5 semalam.

 Disebabkan tindakan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Zain, 26, itu, akaun Instagram adiknya Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon telah diserang oleh netizen.

 ARTIKRL BERKAITAN : #HOT ~ UQASHA SENROSE DITAHAN POLIS BANTU SIASATAN PIL ERAMIN DALAM BEG CHANEL 

Ada kalangan netizen melemparkan komen negatif termasuk turut mengaitkan Nelydia dengan kontroversi terbaharu yang menimpa kakaknya.

 Terdahulu Uqasha tidak memberi sebarang maklum balas berhubung dakwaan dirinya memiliki sebanyak 53 pil jenis eramin 5 di dalam beg tangan miliknya selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

 Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu hanya mendiamkan diri dan berjanji untuk menghubungi semula selepas ditanya Kosmo! mengenai kejadian berkenaan.

 Menurut satu sumber Uqasha dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, selepas kereta yang dipandunya, Range Rover berwarna putih melanggar sebuah kenderaan jenis Honda BRV di hadapan sebuah rumah di Taman Tun Dr. Ismail sekitar pukul 11.45 pagi semalam. - K! ONLINE

No comments