#GOSIP PANAS ~ Nick Jonas & Priyanka Chopra Kini Bercinta?


Pelakon yang sedang mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra, dilaporkan kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi Nick Jonas.

 Menurut laporan Usmagazine.com, mereka dilaporkan sering meluangkan masa bersama sejak akhir-akhir ini untuk menghadiri pelbagai acara.
 "Mereka telah menghadiri tiga acara bersama-sama dalam masa satu minggu. 
 "Jonas dan Priyanka kelihatan sangat gembira dan mesra ketika berada bersama-sama sebagai pasangan yang sedang bercinta," kata sumber. 
 Nick dan Priyanka dilaporkan mula berkenalan pada tahun lalu selepas dipertemukan pada majlis Met Gala. 

Dalam majlis itu, mereka berjalan beriringan bagi mewakili produk jenama pakaian Ralph Lauren.

 Namun sehingga kini Nick dan Priyanka masih tidak mengesahkan kepada umum mengenai status hubungan mereka berdua.

 Sumber: Usmagazine.com

No comments