#BOX OFFICE ~ Filem Avenger's Infinity War laris, kutip RM2.4 bilion

Poster filem Avenger's Infinity War 

 SEBUAH filem hollywood, Avenger's Infinity War yang baharu sahaja ditayangkan pada penghujung bulan April lalu berjaya meraih kutipan tayangan minggu pertama dengan keuntungan AS$630 juta (RM2.4 bilion).
Menurut portal laporan antarabangsa, kutipan tersebut berjaya mencatatkan rekod meskipun filem itu belum memulakan tayangan di China.

 Ini kerana, negara berkenaan mempunyai jumlah penonton paling tinggi berbanding negara-negara lain.

 Dengan meraih keuntungan jumlah yang besar pada minggu pembukaan, Avenger's Infinity War sekali gus menduduki carta pertama dengan mengatasi filem The Fate of The Furious dengan keuntungan AS$530 juta (RM2 bilion) yang ditayangkan pada tahun lalu.

 Lebih mengagumkan, Infinity War juga melakar sejarah kutipan pembukaan tertinggi di Amerika Utara dengan meraih AS$250 juta (RM979 juta), mengatasi rekod filem Star Wars: The Force Awakens dengan jumlah AS$248 (RM972 juta).

 Untuk rekod, Avenger's Infinity War merupakan filem ketiga terbitan Marvel Studios daripada siri Avengers.

Malah, ia merupakan filem ke-19 dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU0.)

No comments