#BETUL KE BOHONG ~ Cuba Check Rumah Tun, Mesti Banyak Duit – Johan As’ari


Pelakon Johan As’ari telah menulis kata-kata yang mungkin agak pedas bagi sesetengah orang di Twitternya @JohanAsari terutama pengikut setia Tun Dr. Mahathir.
 Tulisnya, ‘Cuba check rumah Tun, mesti banyak jugak duit.’ diikuti dengan emoji duit. 
 Ekoran itu, ada kalangan pengikut-pengikutnya yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon tersebut.
 Antara pengikutnya di Twitter berkata; ‘I lost my respect dekat you Johan’
  ‘Sorang lagi cari publisiti. Kesian’ 
 ‘Saja cari publisiti murahan nak suruh viral’ 
 Johan yang dihubungi mengakui bahawa dia yang menulis kata-kata itu.
 “Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak,” katanya ringkas. 
 Pun begitu tidak bermaksud yang Johan tidak menghormati Tun Dr. Mahathir.
 “Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta,” katanya lagi. – Sinar Harian

No comments