#TRAUMA ~ Manohara Serik Untuk Fikirkan Soal Jodoh


KEGAGALAN perkahwinan pertama dengan Tengku Muhammad Fakhry Petra enam tahun lalu membuatkan Manohara Odelia Pinot lebih berhati-hati menyerahkan hatinya kepada lelaki.

 Sementelah usianya masih muda membuatkan wanita berusia 23 tahun ini tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh buat sementara waktu.

 “Menjadi seorang janda bukan satu perkara yang negatif buat masyarakat moden seperti sekarang ini.

 “Saya mengakui kerap kali ditanya tentang teman lelaki baharu tapi saya tidak mahu terburu-buru dalam perkara tersebut. 

 “Lagipun saya masih muda. Ada banyak perancangan dalam hidup yang perlu dilakukan sebelum berkahwin kali kedua,” kata Manohara.

 Kisah perkahwinan Manohara dengan bekas suaminya yang juga adik Sultan Kelantan pernah mendapat perhatian media massa Indonesia dan Malaysia sekitar April 2009.

 Menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal dengan perkahwinan lampau, kata Manohara, dia juga tidak pernah trauma kerana kegagalan perkahwinan pertamanya itu.

 “Saya menilai diri dan merasakan pada waktu itu saya masih belum matang. Jadi tidak timbul perkara besar di sini,” tegasnya lagi.

 Tidak mahu terlalu memikirkan cerita silam, menurut Manohara, dia lebih senang berkongsi kecenderungan yang dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup pada hari ini.

 Terkini, Manohara terlibat dalam bidang penerbitan buku yang merupakan perniagaan yang diusahakan bersama-sama keluarga.

 Biarpun baru menceburi bidang tersebut namun, kata Manohara, dia berasa teruja untuk mempelajari selok belok perniagaan yang cukup mencabar buatnya.

 “Saya masih mendapat tawaran untuk berlakon. Tapi buat sementara waktu ini, saya terpaksa menolak dengan baik. Tumpuan kini hanya untuk bidang perniagaan semata-mata,” ujarnya lagi.

 Menjadi seorang janda bukan satu perkara yang negatif buat masyarakat moden seperti sekarang ini.

Lagipun saya masih muda. Ada banyak perancangan dalam hidup yang perlu dilakukan sebelum mendirikan rumah tangga buat kali kedua

1 comment

Squarepants Ang said...

Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
-----------------------------------------------------------------------
- Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
- Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
- Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
- Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
- Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
- Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
- Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
- Bonus Cashback Sportbook 5%
- Bonus Cashback Sabungayam 5%
- Bonus Referall 2% Semua Game
- Bonus Referall 1% dari member Togel
Contact Us Now :
Livechat Casinobet77
whatsapp : +85599495431
PIN BBM : D6235F1C
Wechat : casinobet77cs1
Line : casinobet77
skype : casinobet77
Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/