#TAHNIAH ~ Sari Yanti Selamat Melahirkan Anak, Jep Sepahtu Kini Bergelar Bapa


Pelakon Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata tengah malam tadi.

 Berita kelahiran Sari Yanti telah diumumkan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) Sinar.

 "Alhamdulillah, tahniah Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata.

 "Tak lupa juga Jep dan Sari Yanti nak berterima kasih kepada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan kelahiran baby ini dipermudahkan.

 "Tahniah Jep yang sudah bergelar bapa dan yang menariknya baby Jep ni berkongsi tarikh lahir yang sama dengan @rahimr2 Ayim.

  Kami di Astro Gempak mengucapkan tahniah kepada Jep Sepahtu dan Sari Yanti diatas kelahiran anak mereka.

 Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu.



Jep dan Sari Yanti dikurniakan baby girl..tahniah -Astro Gempak-

No comments