#MISTERI ~ Wanita Kebaya Merah, fakta atau auta?

Misteri si kebaya merah 

 Beberapa hari lepas, viral mengenai video yang tidak sengaja telah merakam kelibat seorang perempuan berkebaya merah di laluan jalan gelap dan sunyi.

 Berdasarkan video tersebut, kejadian didakwa berlaku pada jam 3.25 pagi Rabu, di Jalan Bukit Lengkok, Kulim, Kedah.

 "Live record, Jalan Bukit Lengkok 28.03.2018 pagi tadi dalam pukul 3 pagi. Area Kulim Kedah," tulis di Facebook.

 Namun ada yang mendakwa kejadian itu bukan di Kulim, sebaliknya di Jalan Kolam Lama.


Pelbagai andaian dibuat berkenaan lokasi kejadian malah ada juga yang berkata bahawa ini hanyalah promosi untuk filem ‘The Legend Of Pontianak’ lakonan Fazura berkebaya merah yang bakal ditayangkan di pawagam.

 Jika benar, maka gimik ini benar-benar telah menjadi.

 Namun ada juga tersebar di WhatsApp kononnya dari grup Taman Bunga Raya Official di mana ada ahlinya yang dikenali sebagai NasRc mendakwa dia dan rakan-rakannya sengaja merancang misteri kebaya merah tersebut.


"Aku pakat dengan 3-4 orang member, masing-masing pakai baju kebaya yang sama warna. Selepas itu, soh depa dok di 3-4 lokasi yang berbeza. 

Yang lain dok tepi jalan ja. Yang last dok tengah jalan. Manakala aku drive kereta siap camera, rekod sepanjang jalan.


"Dah dapat video, post dalam timeline aku. Boh tajuk gempak-gempak sikit, kompom viral. Sebab masyarakat kita mudah percaya dan terperdaya dengan cerita-cerita macam ni. 

 "So apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan orang yang mengaku cerdik. Hahaha! Sekian cerita aku malam ni," tulisnya.

1 comment

Squarepants Ang said...

Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
-----------------------------------------------------------------------
- Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
- Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
- Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
- Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
- Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
- Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
- Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
- Bonus Cashback Sportbook 5%
- Bonus Cashback Sabungayam 5%
- Bonus Referall 2% Semua Game
- Bonus Referall 1% dari member Togel
Contact Us Now :
Livechat Casinobet77
whatsapp : +85599495431
PIN BBM : D6235F1C
Wechat : casinobet77cs1
Line : casinobet77
skype : casinobet77
Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/