#FILEM DUKUN ~ Tinggal pengalaman ngeri buat Umie Aida


Penggambaran filem 'Dukun' di Penjara Pudu, di sini meninggalkan pengalaman mengerikan buat pelakon utamanya, Datin Seri Umie Aida apabila beliau hampir histeria ketika berada dalam sel tahanan.

 "Ketika di bilik tahanan yang terakhir, saya cuma pandang dan persoalkan bagaimana keadaan banduan berada di bilik ini dan tiba-tiba badan saya terus menggigil dan mungkin akan histeria jika saya sendiri tidak kuatkan semangat dengan berzikir. 

 "Betullah orang cakap jangan leka walaupun sesaat. 

Jadi, saya akan memulakan dengan surah al-Fatihah setiap kali sebelum memulakan penggambaran," katanya kepada pemberita pada majlis pratonton filem di bawah arahan Dain Said di sini, semalam.

 Umie Aida yang membawa watak Diana Dahlan, seorang dukun, mengakui banyak cabaran dilaluinya sepanjang penggambaran filem itu 12 tahun yang lepas, antaranya terpaksa berkawan dengan ular bagi menjiwai dan memperoleh ciri-ciri yang perlu dibawa melalui wataknya.

 Filem Dukun yang akan ditayang di seluruh negara dan Singapura mulai hari ini turut membariskan beberapa pelakon hebat antaranya Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Sofi Jikan dan Elyana.[Bernama]

1 comment

Squarepants Ang said...

Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
-----------------------------------------------------------------------
- Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
- Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
- Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
- Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
- Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
- Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
- Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
- Bonus Cashback Sportbook 5%
- Bonus Cashback Sabungayam 5%
- Bonus Referall 2% Semua Game
- Bonus Referall 1% dari member Togel
Contact Us Now :
Livechat Casinobet77
whatsapp : +85599495431
PIN BBM : D6235F1C
Wechat : casinobet77cs1
Line : casinobet77
skype : casinobet77
Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/