#CUKAI PENDAPATAN ~ DS Vida diberi tempoh untuk selesaikan bayaran RM 4.6J


Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diberi tempoh hingga 21 Mei depan bagi menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu yang gagal dilunaskan bagi tempoh lima tahun membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM4.6 juta.

 Hasmiza, 47, atau lebih dikenali Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Sub Seksyen 91 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2015 dengan jumlah sebanyak RM4,686,435.79.

 Tetapan itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Anselm Charles Fernandis di Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini selepas tuntutan difailkan Peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas.

Nor Hidayah (kanan) mewakili LHDN bersama Peguam Zailan ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi, Ipoh. 

Datuk Seri Vida bagaimanapun tidak hadir di mahkamah diwakili peguam Zailan Mohamed.

 Nor Hidayah ketika ditemui pemberita berkata, tuntutan itu dibuat selepas pengasas produk Vida Beauty itu gagal mematuhi perbincangan bersama yang dibuat sebelum ini berhubung bayaran cukai secara ansuran.

 Menurutnya, tuntutan di mahkamah akan diteruskan sekiranya Datuk Seri Vida gagal menyelesaikan tuntutan dibuat dalam tempoh ditetapkan iaitu sebelum 21 Mei depan.

 "Sekiranya tuntutan berjaya diselesaikan, maka kes tidak berjalan di mahkamah," katanya.

 Sementara itu, Peguambela Zailan dari Zailan & Associates memaklumkan, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama LHDN untuk membuat penyusunan semula bayaran cukai agar dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.[SH]

1 comment

Squarepants Ang said...

Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya
1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
-----------------------------------------------------------------------
- Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
- Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook
- Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
- Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb
- Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
- Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
- Bonus Cashback Game & Tangkas 5%
- Bonus Cashback Sportbook 5%
- Bonus Cashback Sabungayam 5%
- Bonus Referall 2% Semua Game
- Bonus Referall 1% dari member Togel
Contact Us Now :
Livechat Casinobet77
whatsapp : +85599495431
PIN BBM : D6235F1C
Wechat : casinobet77cs1
Line : casinobet77
skype : casinobet77
Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/