#WEDDING ANNIVERSARY TERLAJAK LARIS ~ ‘Warna hijau pucuk pisang ni famous masa tu’


DALAM diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudah menginjak 11 tahun, tahun ini.

 Susulan itu, pasangan suami isteri ini turut berkongsi momen romantis di laman Instagram (IG) masing-masing.

 Pengasas jenama D'Herbs ini mengakui tidak menyangka sahabat baiknya, Nur Shahida adalah suri hati hidupnya lantaran tiada persefahaman, sebelum ini.

 Namun, jutawan kosmetik berusia 31 tahun ini tidak mampu menolak jodohnya itu.


"11tahun dulu .. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja.. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak get long sebab dia pendiam dan tegas. 

 "Saya pula gila-gila.. so macam tak sebulu sangat just kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha... padan muka," tulis Aliff Syukri.

 Tidak ketinggalan, isterinya, Nur Shahida turut berkongsi pengalaman manisnya di saat mendirikan rumah tangga.

 Bahkan, wanita berusia berusia 33 tahun ini turut memuat naik foto lengkap bersongket berwarna hijau pucuk pisang di hari bahagia mereka.

 "11 tahun lepas, warna ni tengah famous di sekitar majlis-majlis kahwin, sebab tu kita pakai baju warna ni.

 "Alhamdulillah waktu ni dapat sponsor dari Abang Mail dari Butik Pengantin Syahirah Rawang sebab dulu selalu jadi model butik dia. 

 "Saya kahwin umur 22, @aliffsyukriterlajaklaris waktu tu umur 20 tahun. Macam tak percaya pula dah injak 11 tahun usia perkahwinan dan nak masuk empat cahaya mata + Ameena dan Qayyum = enam orang..(ramai kan anak-anak saya)," tulisnya.

 Aliff Syukri dan Nur Shahida pada 10 Ogos 2008 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

 Pasangan ini juga mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 5 bulan dan Qayyum, tiga bulan.[SH]

No comments