#HOT ~ Farid Kamil dakwa dianiaya, tiga rakan artis beri dadah?


PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil mendakwa telah dianiaya oleh tiga rakan artis yang memberinya minuman bercampur dadah sehingga dia hilang kawalan dalam kejadian yang berlaku di Balai Polis Kota Damansara, bulan lalu.

 Memetik laporan Malay Mail, tiga artis yang dimaksudkan adalah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

 Selain diberikan minuman yang telah bercampur dengan dadah, Farid juga mendakwa diberikan rokok bersalut dengan cecair yang tidak dikenalpasti sehingga berasa khayal.

 Farid juga mendakwa kekerasan dilakukan terhadapnya oleh pihak polis semasa dalam tahanan reman.

Farid turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan pada dirinya.

 Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya.

 Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan Farid telah membuat laporan rasmi.

 “Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan,” katanya.

No comments