#SENSASI PANAS ~ Video Neelofa Gelek Arab Cetus Sensasi


KUALA LUMPUR- Beberapa video aktres popular dan hos program televisyen Neelofa sedang menari tular di Internet sejak dua tiga hari ini.

 Klip-klip pendek yang telah disunting menjadi sebuah video berdurasi beberapa minit itu sudah pun mencecah lebih 300,000 tontonan dan menerima ribuan komen daripada netizen.

 Dalam salah satu klip video, selebriti dan usahawan berjaya berusia 28 tahun itu dilihat dibawa masuk ke dalam dewan sambil ditandu ala-ala puteri Arab oleh beberapa orang lelaki.

 

Neelofa kemudiannya dilihat mempersembahkan gerak tarian yang lincah dan menawan di atas pentas sambil diiringi oleh sekumpulan penari latar.

 Ramai yang tak sangka Neelofa boleh menari sebenarnya kerana menganggap karakternya yang kelihatan serius dan tegas.

Tapi sekali dia ‘belanja’ skil, fuh gamat dewan dibuatnya!

 Video tersebut difahamkan diambil ketika malam gala jenama tudungnya,Naelofar Hijab, yang diadakan Sabtu lalu di Hotel JW Marriot, di sini.

 Majlis tersebut, yang mengangkat tema Magical Night, turut dihadiri oleh kedua ibu bapa Neelofa, ahli keluarga, teman rapat serta para stokis Naelofar. –MYNEWSHUB.CC

No comments