#WOW ~ 'One step closer to happiness' - Bella

ANTARA gambar yang dimuatnaik Bella ke akaun Instagramnya. FOTO Instagram Laudya Cynthia Bella

 PERKAHWINAN pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dipercayai kian hampir.

 Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella dilaporkan mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Pasar Minggu, Jakarta Selatan, Ahad lalu.

 Namun majlis yang diadakan secara tertutup membabitkan keluarga Bella hanya dikongsikan di laman Instagram milik Bella, semalam.

 "One step closer to happiness. 

 "Ini part of the best moment in my life, proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan takdir. 

 "Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati. Terima kasih ya Allah," tulis Bella sambil meletakkan hashtag #BAE. 

 Menerusi satu lagi gambar dimuat naik, Bella turut menulis majlis yang bakal berlangsung adalah pengalaman pertama dan terakhir untuknya.

 "Semua rasa datang dari Allah. Ini rasa yang tidak boleh saya ungkapkan. Insya Allah ini menjadi pengalaman pertama dan terakhir. "Ya Allah, tolong jaga keluargaku. Amin," katanya.

 Bulan lalu berita perkahwinan pasangan ini tersebar luas apabila sumber terdekat bakal suami Bella memaklumkan mereka bakal berkahwin pada pertengahan September ini.

 Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Emran bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

 Menguatkan lagi khabar itu apabila media Indonesia mendedahkan Bella sudah menghantar borang permohonan nikah ke Kelurahan Cipedak, Jakarta Selatan pada 11 Ogos lalu dan perkara itu disahkan pihak terbabit.

 Menerusi gambar yang dimuat naik, Bella cantik mengenakan busana berwarna ungu. Malah satu daripada gambar itu kelihatan Bella mengalirkan air mata saat memanjatkan doa.

 Sehingga semalam, gambar yang dimuat naik Bella itu mendapat hampir 700,000 'likes' dan lebih 17,000 komen yang kebanyakannya mengucapkan tahniah untuk majis yang bakal berlangsung.[myMetro]

No comments