#TAHNIAH ~ Afdlin Kini Bergelar Datuk, Aliff Syukri Datuk Seri


PENGASAS kosmetik, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dan pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki Aksan telah dianugerahkan darjah kebesaran Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang, hari ini.
Menurut laporan beberapa portal, penyampaian anugerah itu adalah bersempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang.

 Aliff Syukri, 30 telah menerima anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

 Manakala, Afdlin pula telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

 Difahamkan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat bagi mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.

 Berita baik itu telah dikongsi sendiri oleh pengarah filem itu di akaun Instagram miliknya.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Posting yang mendapat lebih daripada 1,000 likes itu secara tidak langsung menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

 Rata-rata antara mereka tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada kedua-dua penerima anugerah ini.

Untuk rekod, antara selebriti lain yang pernah menerima darjah kebesaran daripada kerabat diraja Pahang termasuklah M.Nasir, Ramli MS, Awie, dan Hans Isaac. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

No comments