#MEWAH ~ RM1 juta untuk klip video I Am Me - DSV

KERATAN rakaman klip video yang dimuat naik DS Vida semasa penggambaran klip video I Am Me yang menjadi tular sejak kelmarin 

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa dia telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk pembikinan klip video bagi lagu I Am Me.

 Menurut Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Vida, 46, beliau sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar demi menghasilkan klip video berkonsepkan mewah terlampau arahan pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar.

 “Saya telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk pembikinan klip video itu. Kos produksi sahaja menelan belanja sebanyak RM180,000 sementara untuk peralatan lain pula kira-kira RM80,000. 

 “Dalam klip video tersebut saya memakai tiga bentuk cincin rama-rama yang ditempah khas dengan harga keseluruhan mencecah RM800,000, sementara duit yang digunakan dalam video tersebut merupakan duit sebenar dan fotokopi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.[Kosmo]

No comments