#MACAM-MACAM ~ Aliff Syukri muat naik kisah ambil lesen pistol dikecam netizen

Ramai yang mengecam dan mempertikaikan tindakan tersebut yang dilihat sebagai satu rahsia sulit yang boleh membahayakan keselamatannya. - Gambar fail 

Beberapa perkara yang berkait dengan keselamatan tidak perlu dikongsikan di sosial media. Itulah pendapat rata-rata netizen ketika pengasas kosmetik DHerbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memuatnaik fotonya ke balai polis bagi memohon permilikan pistol.

 “Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan...Supaya saya lebih selamat, no more bodyguards I’m stronger,” tulisnya di bawah foto berkenaan.

 Ramai yang mengecam dan mempertikaikan tindakan tersebut yang dilihat sebagai satu rahsia sulit yang boleh membahayakan keselamatannya.

 Malah dalam satu balasan, Alliff menjelaslam bahawa tindakannya memuatnaik gambar berkenaan adalah bagi memberi maklumat terkini kepada pengikutnya mengenai kegiatan hariannya.

Sumber:AstroAwani

No comments