#BIOR BETIK ~ Tok Ti Vs DS Najib PRU14 Di Pekan?


Ada khabar angin mengatakan parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengenal pasti calon untuk berdepan Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Pekan.

 Calonnya?

Tak lain tak bukan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza binti Tarudin yang merupakan anak jati Pahang.

 Setidak-tidaknya begitulah desas-desus yang menarik perhatian sesetangah pihak.

BERSATU bagaimanapun menafikan khabar angin itu.

 “Berita palsu,” kata Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Dr Rais Hussin melalui pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

 Beliau berkata demikian sebagai menjawab imej ala poster pilihanraya dengan Siti Nurhaliza sebagai calon BERSATU di parlimen Pekan.

 Poster itu disebarkan di laman sosial dan turut dikongsi oleh akaun Facebook pro-BN, Friends of BN.

 Sin Chew Daily melaporkan pengurus Siti Nurhaliza enggan mengulas apabila ditanya tentang poster itu.

Jika benar terjadi, ia bukan kali pertama penyanyi pop dicalonkan oleh pembangkang untuk bertanding pilihan raya.

 Siti Nurhaliza yang merupakan ikon dalam industri muzik tanah air sebelum ini dilihat menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengerusi BERSATU. 

 Pada pilihan raya 2013, PAS meletakkan penyanyi Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' di parlimen Jempol.[MalaysiaKini]

No comments