#OFFER TAMAT ~ DSV Sah Sudah Jumpa Jejaka Mata Kelabu


PERHATIAN… Perhatian. Anda dah boleh berhenti hantar resume cari jodoh anda kat DSV.

Sebab apa?

Sebab Datuk Vida dah jumpa pemilik mata kelabu yang dah berjaya tambat hatinya.

 Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman, sebelum ini sedang ‘bergiat aktif’ mencari calon suami baru yang memiliki mata berwarna kelabu.

Syukur sekarang si mata kelabu sudah memunculkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN :#ANDA LAYAK ? ~ DS VIDA IDAM LELAKI BERMATA KELABU SEBAGAI SUAMI

 Kata Vida, jejaka yang berusia 30 tahun itu pernah berkunjung ke kediamannya di Ipoh, Perak pada Aidilfitri yang lalu.

 “Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah. 

 “Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya,” katanya kepada mStar Online.

 Tambah Vida lagi, jejaka tampan itu sudah menepati semua kriteria yang dicari olehnya.

Mungkin jejaka bertuah itu bakal menawan hati Vida tak lama lagi?

Kepak kepak kebomm kebomm lah nanti.


“Dia ada segalanya… kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham,” tambahnya lagi.

 Wowww… Bukan beshe beshe ni DSV cari yang muka macam Beckham pulak.

Vida, 46, berkata mereka masih lagi dalam tempoh perkenalan dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

 Yelah, mungkin dia tak mahu buat keputusan terburu-buru. Tak mengapa, kenal dulu nanti baru ke next step pulak.

 “Saya enggan terburu-buru kerana masih trauma dengan perkahwinan saya yang tidak bertahan lama sebelum ini. “Biarlah kami berkawan terlebih dahulu. Jika sudah tertulis itu jodoh saya, siapa saya untuk menolaknya,” katanya lagi.

 Tapi Vida masih berahsia tentang negara kelahiran pemuda itu.

Menurut pengasas produk kecantikan yang juga penyanyi ni, dia akan memberitahu umum tentang jejaka mata kelabu itu jika sampai masanya.

 Jadi, sama-sama kita tunggu si ‘perampas’ hati DSV yang berjaya menambat hatinya itu.

Nak tengok jugak siapa orangnya yang sanggup shopping gila-gila dengan Vida ni. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

No comments