#ISU HANGAT ~ Didakwa 'geng kunyit' ini jawapan Hafiz Hamidun...


PENYANYI nasyid Hafiz Hamidun (gambar), menggesa mana-mana pihak yang mendakwa bahawa beliau bukan lelaki sejati dan sukakan kaum sejenis menampilkan bukti berhubung dakwaan itu.

 Katanya sekiranya, tiada bukti berhubung dakwaan tersebut, beliau tidak teragak -agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

 "Tak apalah kalau dia (Joy)...buat kenyataan, dia kena buktikan dan jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat saya anggap itu fitnah dan pihak peguam saya tak ragu-ragu untuk mengambil tindakan saman," katanya dalam sidang medianya di Damansara hari ini.

 Terdahulu, isterinya, Siti Arifah Mohd Amin,30, atau lebih dikenali sebagai Joy Refva mendakwa Hafiz mengaibkan dirinya apabila menjaja cerita ‘dalam kelambu’ mereka kepada orang luar.

 Siti Arifah mendakwa, selama ini beliau hanya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga status suaminya sebagai ‘ustaz penyanyi’, tetapi apabila diberitahu dia menjaja cerita dalam kelambu, tiba dia tampil bersuara.

 “Dia menghebahkan cerita tidak pernah ‘menyentuh’ isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. 

Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri. 

 “Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? 

Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu?” katanya seperti yang dilaporkan media tempatan.

 Sementara itu, mengulas perkara itu Hafiz mengakui bahawa beliau tidak pernah melakukan hubungan kelamin sejak awal pernikahan,

Hafiz berkata, perkara itu berlaku kerana ada keraguan membabitkan pernikahannya sehingga dia mengambil tindakan sedemikian.

 "Bila membabitkan isu di awal pernikahan itu, saya cuba menjalankan tanggungjawab sebagai mana pasangan suami-isteri tapi kerana ada keraguan dalam satu perkara tersebut saya bertindak ikut undang yang benar.  

"Jadi saya tidak pernah melakukan hubungan suami isteri, sejak awal," katanya.

 Dalam pada itu, katanya pada awalnya beliau berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu rumah tangganya, namun segalanya tidak 'menjadi' sehinggalah ke hari ini.

 "Saya dah lakukan yang terbaik, jadi saya reda dan terima seadanya," katanya.

 Dalam pada itu, menghuraikan mengenai keraguan membabitkan perkahwinannya, Hafiz berkata 'ketika berkahwin Siti Arifah masih berstatus isteri orang'.

 "Pada 8 Ogos 2017 saya dan Siti Arifah telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surat cerai taklik tersebut dan menjalani siasatan bersama Pegawai Tadbir Agama Daerah.

 "Hasil siasatan mendapati bahawa Siti Arifah masih dalam ikatan perkahwinan dari suami yang terdahulu ketika pernikahan kami yang berlangsung pada 1 Mei 2017," katanya.

 Semalam, Siti Arifah memfailkan pembubaran pernikahan mereka pada 18 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tindakan suaminya itu yang meragui pernikahan mereka.

 [ARTIKEL BERKAITAN: #SENSASI ~ JOY REVFA FAIL BUBAR PERNIKAHAN DENGAN HAFIZ HAMIDUN

 Siti Arifah yang ditemui di pekarangan mahkamah itu berkata, tindakan itu diambil bagi mempertahankan hak dan statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.

 Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu. Siti Arifah sebelum ini pernah berkahwin dengan Datuk Ray Imran dan mempunyai seorang anak lelaki.[SH]

No comments