#HITS ~ Lagu ‘Jangan Menangis’ Buat Ramai Orang Menangis


JANGAN menangis, ini semua ketentuanNya.. Itu adalah bait-bait lirik lagu yang berjudul Jangan Menangis nyanyian Aizat Amdan.

Lagu yang dicipta bersama Faizal Tahir ini rupanya tersimpan 1001 kisah di dalamnya.

 Terdahulu, Aizat mengakui ada cerita lain di sebalik lagu ini.

Lagu ini sebagai hint kepada ibunya bahawa dia bakal berpindah keluar dari rumah keluarganya di Ampang.

 Naskhah Jangan Menangis ini juga hasil ilham dan pengalaman Aizat dan Faizal Tahir yang sama-sama menyertai ekspedisi 1Moment4Them empat tahun lalu.

 Sesiapa yang memang mengikuti karya daripada kedua-dua penyanyi popular ini pasti tahu setiap lagu yang dihasilkan bermakna dan sedikit sebanyak memberi impak kepada pendengar seperti lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir.

 Kebanyakan netizen turut mengakui lagu yang baru dikeluarkan lima bulan ini sangat menyentuh hati dan deep sekali .

 Mereka juga turut mengatakan pasti akan menangis setiap kali mendengar lagu istimewa ini, berbeza sekali dengan tajuknya Jangan Menangis yang jelas sekali melarang orang daripada menangis.

 Official lyric video yang telah mencecah lebih 1 juta tontonan di YouTube ini turut mendapat komen-komen yang sangat positif daripada pecinta muzik tanah air.


Rata-rata daripada mereka mengakui lagu ini memberi semangat kepada sesiapa yang down supaya bangkit semula menjadi lebih kuat dan tabah.

 Jika ada sesiapa yang tak percaya, mungkin boleh hayati setiap bait lirik-lirik lagu ini.

Selamat menjamu halwa telinga! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

No comments