#PENGAKUAN ~ Muat Naik Gambar Di IG, Ainul Akui Itu Kekasihnya

SEJAK kebelakangan ini, pelakon Ainul Aishah dilihat sering memuat naik gambar bersama seorang jejaka yang mempunyai wajah ala-ala ‘mat salleh’ di akaun Instagramnya.

 Adakah lelaki kacak bernama Khalid Redzuan ini merupakan teman lelaki Ainul setelah empat tahun hidup single?

Menerusi mStar Online, Ainul mengakui bahawa lelaki itu merupakan teman lelakinya dan mereka menjalin hubungan sejak ulang tahunnya ke-32, April lalu.

 “Alaa, nak kena cerita ke? Ya, dia teman lelaki saya dan kami declare hubungan kami pada ulang tahun saya yang ke-32 April lalu.

 “Semuanya bermula apabila Khalid menghantar mesej di Instagram saya September lalu dan saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya tiga bulan selepas itu.

 “Itu pun selepas saya merasakan Khalid berbeza dengan lelaki lain yang pernah saya kenal sebelum ini,” kata Ainul.

 Tambah Ainul, Khalid yang merupakan ahli perniagaan itu juga merupakan seorang yang berdarah kacukan Melayu dan Inggeris tetapi dibesarkan di Kedah dan Kelantan.

 “Ibu Khalid berketurunan Inggeris namun dia membesar di Kedah dan Kelantan.

Suasana budaya masyarakat Melayu juga sangat tebal dalam dirinya. 

“Dia sangat Melayu!” katanya lagi.

 Menurut Ainul, dia terpikat dengan Khalid kerana tertarik dengan cara Khalid menghargai kehadiran dirinya dan kelainan yang dimiliki oleh jejaka itu. – MYNEWSHUB.CC

 

No comments