#HOT ~ Ya, saya dah jumpa keluarga Fazura – Fattah Amin

Fattah AMIN sedia menerima Fazura sebagai isteri jika ditakdirkan itu jodohnya.  

 Kisah cinta Fattah Amin, 26, semakin menarik perhatian ramai apabila pelakon popular itu mengakui kini sedang dalam proses mengenali hati budi Nur Fazura Sharifuddin, 33, dengan lebih rapat lagi.

 Malah usaha untuk membawa hubu­ngan itu ke peringkat lebih serius dilakukan pelakon utama drama bersiri Hero Seorang Cinderella di Astro Ria itu apabila turut mengakui sudah pun berjumpa dengan keluarga aktres berkenaan.

 “Terus terang buat masa ini kami se­nang untuk berkawan dan mula mengenal hati budi masing-masing.

Saya dah jumpa keluarga Fazura begitu juga sebaliknya.

 “Buat masa ini semuanya amat positif. Jadi untuk pergi jauh lagi, itu kuasa Allah. Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima,” kata Fattah yang juga mengakui amat selesa bersama Fazura di dalam dan luar set penggambaran.

 Sebelum ini, Fattah pernah dikaitkan bercinta dengan Neelofa apabila sama-sama terlibat dalam drama Suri Hati Mr. Pilot yang ditayangkan pada tahun lepas.

 Bagaimanapun hubungan itu dikatakan tidak berpanjangan atas sebab-sebab tertentu meskipun rata-rata peminat mahu pasangan tersebut bercinta secara realiti.

 Menganggap Fazura sebagai wanita yang baik dan mempunyai perwatakan yang natural, Fattah juga terpesona de­ngan personaliti aktres berkenaan yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

 “Dia adalah wanita yang sangat positif. Aura itu yang menyebabkan (saya) sedia untuk bekerjasama. Itu juga ciri-ciri wanita yang saya cari selama ini.

 “(Sekali lagi), jodoh adalah rahsia Allah. Jadi sekarang ini, saya sangat senang berkawan dengan Fazura,” kata Fattah lagi.

 Berhubung pendiriannya tentang cinta di lokasi penggambaran, Fattah menyi­fatkan cinta perlu wujud secara natural dan keserasian itu akan datang secara semula jadi tanpa sebarang paksaan.

 Menafikan desakan daripada kelab peminat masing-masing yang mahu mereka bercinta, Fattah memberitahu The FA Team dan Fazbulouswarriors sekadar memberi sokongan tanpa sebarang niat.

 “Apa yang mereka mahukan supaya kami semua berjaya. Mereka juga faham percintaan itu bukan benda yang boleh dipaksa. Ia hanya akan datang secara semula jadi,” ujarnya lagi.[Utusan Online]

No comments