#HOT ~ Makin Terbuka, Erra & Shahir Sedondon Berbaju Hijau

JIKA sebelum ini primadona filem Melayu, Erra Fazira dengan penyanyi Shahir Zawawi sering kali berteka-teki mengenai perhubungan mereka, namun kali ini nampaknya kedua-duanya sudah semakin cukup terbuka mendedahkan kisah percintaan mereka di mata umum.

 Hal ini diperkukuhkan apabila masing-masing hadir menggayakan busana baju Melayu dan baju kurung berwarna hijau di sebuah majlis berbuka puasa di sebuah lokasi di ibu negara, semalam.

 Malah Shahir juga sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan yang dia memang bercinta dengan Erra dan tidak mahu menunggu lama untuk masuk meminang ibu kepada Engku Aleesya itu. 

Mungkinkah kedua-duanya juga sudah merancang untuk sedondon di pagi hari raya nanti?

Sama-sama kita nantikan updates daripada mereka! – MYNEWSHUB.CC

 

No comments