#GOSIP PANAS ~ Laudya Bercinta Dengan Bekas Suami Erra?

BEKAS suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran kini menjadi tumpuan media hiburan Indonesia selepas heboh dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon popular negara itu, Laudya Cinta Bella.

 Ura-ura gosip itu muncul selepas Bella dilihat memuat naik sekeping foto bersama seorang lelaki yang digelar E tanpa didedahkan wajahnya beserta kapsyen ‘manis’ menerusi laman Instagramnya.

 “I’m blessed and thank u Allah for Every day, Everything,and E,” tulis Bella yang turut menyertakan emoticon love di akhir tulisannya.

 Perkongsian itu ternyata menarik perhatian peminat pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu yang menduga lelaki bertuah tersebut adalah Engku Emran, Ini kerana, terdapat beberapa bukti Bella memanggil Engku Emran dengan panggilan Abang E menerusi laman Instagram jejaka itu.

 Mereka juga dilihat saling menekan butang ‘like’ terhadap posting masing-masing.


Tidak tahu berapa lama mereka mengenali antara satu sama lain namun pasangan ini pernah merakamkan gambar bersama-sama dengan sekumpulan rakan mereka.


Gosip spekulasi percintaan Bella dan Engku Emran kini hangat diperkatakan rakyat Indonesia sehinggakan akaun Instagram Engku Emran diserbu peminat bintang jelita itu.

 Setakat ini, masing-masing belum mengesahkan gosip yang bertiup kencang ini.

 Engku Emran merupakan seorang duda mempunyai seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Erra iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun. – MYNEWSHUB.CC

No comments