#ALFATIHAH ~ Bazli UNIC luah perasaan rindu pada arwah anak

Coretan Bazli untuk allahyarham di Instagramnya. Foto- Instagram Bazli 

"SUNGGUH ayah rindu kau nak," demikian luahan Bazli Hazwan Che Osman, 33, terhadap Allahyarham anaknya Muhammad Syahid, 3, yang meninggal dunia semalam.

 Bazli yang juga merupakan artis nasyid daripada kumpulan Unic, mencoretkan saat indah dan manis bersama anaknya yang baharu meninggalkannya semalam.

 "Waktu ini biasanya ayah akan salin lampin Syahid, ayah akan lap badan Syahid, ayah usap lembut badan Syahid, ayah betulkan posisi bantal Syahid, ayah akan selimutkan Syahid, ayah akan peluk Syahid sampai Syahid tenang sambil ayah akan baca bisikan kat telinga Syahid surah-surah yang Syahid suka," tulisnya di Instagram.

 Coretnya lagi,"Syahid... Ayah masih terkenang detik semalam saat ayah tunggu d luar penuh debaran dan tiba-tiba doktor keluar blik bagitau yang Syahid dah tiada dan 'ayah sila boleh masuk sekarang untuk peluk anak'.. Hanya ALLAH yang tahu perasaannya,". 

 Muhammad Syahid, meninggal meninggal dunia awal pagi semalam akibat kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 Ujarnya, beliau sudah melakukan yang terbaik buat allahyarham, dan besar harapannya agar allahyarham dapat menarik mereka ke syurga nanti.

 "Syahid... Jika ALLAH bertanya kelak tentang ayah... Syahid beritahulah bahawa ayah dah cuba sedaya mampu untuk mengubati dan mengurus Syahid. 

 "Ayah dah cuba mendidik syahid dengan didikan paling terbaik. Ayah dah jalankan amanah sebagai ayah dengan cara paling berhikmah," coretnya.

 Katanya lagi, "Syahid...Jangan lupa tarik tangan umi ayah pimpin tangan kami ya untuk masuk syurga. Kita baca al-Quran sama-sama lagi kita bergrau sama-sama di syurga indah bahagia". 

 Bercerita lanjut mengenai Syahid, Bazli berkata allahyarham banyak mengajarnya tentang erti hidup.

 "Syahid banyak mengajar ayah supaya bersabar dalam membesar dan mengurus anak.

Syahid inspirasi ayah untuk menjadi ayah yang kental berjiwa pahlawan.

Syahid mengajar ayah supaya menjadi jantan yang kuat. bangkit dan bangkit tak mudah menyerah lembik," katanya.[SH]

No comments