#SEJARAH PERIBADI ~ Search lancar buku biografi


KUMPULAN Search, dari kiri Kid, Amy, Din dan Nasir menunjukkan buku Phenomena Of Rock N Roll Search di gerai buku Dubook di PWTC, Kuala Lumpur. FOTO Nik Hariff Hassan

 Search mencatat sejarah peribadi melalui pelancaran buku biografi bergambar berjudul Search: Phenomena of Rock n Roll, hari ini.

 Pelancaran buku 'coffee table' setebal 152 muka surat itu berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

 Penyanyi kumpulan Search, Amy berkata, buku ini mengandungi sebahagian besar koleksi gambar pembabitan Search sedari 36 tahun lalu.

 "Buku ini istimewa untuk generasi baru mengetahui bagaimana kami bertahan selama ini.

 "Walaupun buku ini hanya maklumat awal mengenai Search, ia adalah rujukan yang indah untuk mereka," kata Amy lagi.

 Search tidak menolak kemungkinan mengeluarkan lebih banyak buku biografi secara berkumpulan dan individu, di masa depan.

 Buku cetakan terhad ini dicetak dua ribu salinan dan dijual di kedai buku terpilih serta dalam talian sahaja dengan harga RM99.[myMetro]

No comments