#HOT ~ Lelaki ‘Turn On’ Tengok Renungan Mata Isteri Hafiz?

TAK sampai sebulan mendirikan rumah tangga dengan Hafiz Hamidun, isteri kepada selebriti nasyid itu mula terkena tempias apabila dirinya tiba-tiba dijadikan bahan kritikan oleh peminat industri hiburan.

 Menerusi muat naik status di laman Facebook, Siti Arifah Amin atau Joy Revfa meluahkan perasaannya apabila ramai pihak memberikan kritikan negatif terhadap imej peribadinya.

 Ramai mempertikaikan penampilan Joy yang didakwa tidak sesuai dengan gaya Islamik suaminya.

 Susulan itu, Joy memuat naik satu status menjelaskan yang dia sendiri masih lagi belajar untuk menjadi Muslimah sejati secara perlahan-lahan dengan bimbingan suaminya.

 Malah dalam pada itu, Joy turut menyatakan terdapat sesetengah lelaki ‘gatal’ yang mendakwa renungan mata dan senyuman Joy boleh membuatkan mereka cair dan ‘turn on’ bila memandangnya.
Penutup kata, Joy ada menitipkan pesanan buat individu di luar sana yang sentiasa mengkritik dirinya; “Daripada selalu pegang ‘kanta pembesar’ untuk sibuk lihat dosa orang lain, lebih baik selalu pegang ‘cermin’ untuk sibuk lihat dosa diri sendiri tu dulu. Apa-apa pun saya mohon doa yang baik-baik untuk kami dari kawan-kawan semua. InsyaAllah.” – MYNEWSHUB.CC

No comments