#HANGAT ~ Saya Akan Beritahu Bila Saya Betul-Betul Nak Kahwin… - Intan Ladyana

PELAKON Intan Ladyana memberitahu dia tidak mahu lagi bercerita tentang hal peribadi dan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kepada umum kerana kegagalan percintaa sebelum ini.

 Menurut Intan, dia pasti akan berkongsi dan memberitahu tentang perkahwinannya jika ia sudah ditetapkan dan benar-benar pasti tentang perkara tersebut.

 “Saya tidak mahu cakap apa-apa, doakan sahaja yang terbaik. Saya dah serik bercakap soal cinta dan saya sudah belajar daripada pengalaman lalu. “Kalau ada yang tahu, tahulah. Saya akan beritahu apabila saya betul-betul ingin berkahwin nanti,” katanya kepada mStar Online.

 Tambah Intan, dia kini sudah bersedia unutk kembali berlakon selepas berehat selama dua tahun dari industri seni dan akan melancarkan minyak wangi keluarannya pada Ramadan ini.

 Sebelum ini, Intan pernah bercinta dengan pelakon Kamal Adli selama 6 tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos 2014. – MYNEWSHUB.CC

No comments