#GOSIP PANAS ~ Selena Gomez Nafi Hamil Anak Kekasih

SUSULAN tersebar berita mengatakan dirinya kini sedang hamil anak kekasihnya, pihak pengurusan Selena Gomez menafikan khabar angin tersebut.

 Memetik Hollywood Life, Selena hanya tertawa mendengar berita palsu tersebut.

 Selena dan teman lelakinya, komposer dan penyanyi The Weeknd kini semakin kerap muncul bersama-sama dalam acara-acara hiburan dan terbaharu mereka seiringan bersama muncul di Met Gala.

 Walaupun pernah memberitahu satu sumber yang dirinya tidak sabar bergelar seorang ibu, namun ia tidak bermaksud Selena mahu merealisasikan impiannya itu dalam masa terdekat ini. – MYNEWSHUB.CC

No comments