#COOL ~ Nelydia Senrose Tak Desperate Cari Cinta

PELAKON Nelydia Senrose memberitahu masih belum bertemu dengan pengganti cinta hatinya walaupun sudah lama menjalani kehidupan single sejak berpisah dengan bekas teman lelakinya, Qi Razali sekitar tahun 2015.

 Menurut Nelydia, pengalaman hubungan cinta yang lalu telah memberikan kesedaran bahawa cinta bukanlah satu keutamaan dalam hidupnya.

 “Saya masih single.

Selepas melalui fasa hubungan yang lama sebelum ini dan kemudiannya tidak berpihak kepada saya, ia membuatkan saya tersedar daripada lamunan.

 “Kini cinta bukanlah satu keutamaan kepada saya dan saya sendiri tidak memberikan tumpuan kepada perkara itu.

Belum ada rezeki untuk saya bercinta dengan sesiapa buat masa ini.

 “Selepas putus cinta, saya lebih fokus kepada kerjaya, keluarga, perniagaan dan diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

 Tambah Nelydia, kini dia menyerahkan soal hati dan jodohnya kepada Yang Maha Esa kerana dia tidak mahu kelihatan terdesak mencari cinta.

 “Buat masa ini saya tidak mahu terdesak mencari cinta dan saya yakin akan ada juga jodoh saya satu hari nanti.

 “Kalau panjang umur dan ada rezeki, saya juga mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri seperti orang lain,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

No comments