#HEBAT ~ Drama Seram 'Misteri Wan Peah' Ditonton 10 Juta Orang

Drama bersiri seram siaran TV3 iaitu Misteri Wan Peah mencatat sejarah dengan rating tertinggi apabila ditonton lebih 10 juta orang.

TV3 dalam satu kenyataan berkata, rating berkenaan dikira bagi semua episod rancangan tersebut yang ke udara menerusi slot Seramadi.

Kata kenyataan itu, untuk episod akhir yang disiarkan pada 31 Mac lalu ia mencatatkan tontonan sebanyak 3 juta orang.

Dalam pada itu pengarahnya Azman Yahya atau Jinggo berkata, pihaknya selaku penerbit drama berkenaan pada mulanya berasa ragu-ragu sama ada karya itu akan mendapat sambutan atau tidak lebih-lebih lagi ia membariskan pelakon baharu.

“Sebagai pelakon utama iaitu Acap, Zee dan Faiz walaupun mereka tidak mempunyai pakej mereka telah membawakan watak dengan berkesan dan berjaya memikat hati penonton,” katanya.

Kisah Misteri Wan Peah ini bermula apabila tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) pernah disergah oleh Wan Peah sewaktu mereka kecil sehingga mereka jatuh sakit.

Peristiwa itu masih menghantui sehingga mereka dewasa.

Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia namun wanita itu sebenarnya masih wujud.

Drama terbitan JS Pictures itu mula bersiaran pada 13 Februari lalu yang dilakonkan oleh Acap Tokan, Zee Tokan, Faiz Tapaw, Saqia Dahuri, Indah Emerlda DFKL, Sweet Farhana, Sherry Al-Hadad, Ariff Aziz, Delimawati, Normah Damanhuri dan Usop Wilcha.[mStar]

No comments