#GOSIP PANAS ~ Zahirah MacWilson nafi Zul Ariffin sudah tinggalkannya

Pelakon Zahirah Macwilson menafikan hubungan dia dan kekasihnya yang juga pelakon, Zul Ariffin sudah berakhir. Zahirah berkata, hubungannya dengan hero filem J Revolusi itu masih kekal namun enggan terlalu terbuka bercerita mengenai kisah peribadi.

 "Hubungan kami baik-baik saja, cuma kami memilih untuk tidak bercerita lanjut mengenai perkara ini.

 "Cukup hanya saya dan Zul saja yang tahu.

Lagipun saya lebih selesa hubungan ini tidak diperkatakan umum,"katanya.

Menurut Zahirah, dia juga tidak mengambil pusing apabila ada pihak membuat spekulasi hubungannya dengan pelakon itu sudah berakhir.

 "Saya tidak kisah dengan apa saja andaian orang.

Saya bahagia bersamanya meskipun jarang muncul bersama di mana-mana acara hiburan atau foto bersama,"katanya.

 Terdahulu timbul desas-desus mengatakan hubungan cinta mereka sudah berakhir apabila mereka tidak lagi muncul bersama di majlis hiburan atau memuat naik gambar bersama di akaun Instagram.

Credit :myMetro

No comments