#FILEM ~ Beyonce Sumbang Suara Watak Nala; The Lion King?

SELEPAS beberapa siri filem yang diadaptasi dari animasi klasik yang dibuat secara live-action membuahkn hasil yang memberangsangkan seperti filem Cinderella, Beauty and The Beast dan The Jungle Book. 

 Pihak Disney dikhabarkan bakal tampil dengan filem baharu diadaptasikan daripada animasi The Lion King yang diterbitkan pada 1994.

Menurut sebuah laman Variety, pengarah filem John Favreau menginginkan bintang sensasi Beyonce Knowles sebagai penyumbang suara kepada watak Nala.

 Walau bagaimanapun, khabar angin yang tersebar itu belum berjaya disahkan lagi kerana setakat ini Beyonce belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penglibatannya di dalam pembikinan semula filem tersebut kerana tengah sarat mengandungkan anak kembar.

 Pun begitu, pihak produksi dikhabarkan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan penyanyi ini bagi menyumbangkan suaranya kepada watak Nala meskipun terpaksa berdepan dengan kepadatan jadualnya.

JAMES EARL JONES (KIRI) DAN DONALD GLOVER. 

Manakala watak Simba pula akan dijayakan oleh Donald Glover, 33 tahun; seorang penyanyi rapper dan pelakon dan watak ayah Simba pula iaitu Mufasa akan dibawakan oleh James Earl Jones.

 Filem itu akan menjalani penggambaran pada Mei akan datang dan akan ditayangkan pada 2018. – MYNEWSHUB.CC

No comments