#DFKL2017 ~ Senarai Penuh Pemenang Anugerah

KEHANGATAN Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad, masih terasa.

 Dalam majlis anugerah itu, drama popular 7 Hari Mencintaiku menang besar apabila membolot enam trofi termasuk kategori utama iaitu Drama Pilihan.

 Drama bersiri 28 episod yang ditayangkan menerusi slot Akasia itu turut memenangi kategori Pengarah Pilihan yang menjadi milik Jamal Khan.

 Selain itu, peneraju utamanya iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha memenangi kategori Pasangan Pilihan dan Aktor Pilihan.

SHUKRI YAHAYA DAN SITI SALEHA MEMENANGI KATEGORI PASANGAN PILIHAN DAN AKTOR PILIHAN MENERUSI DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU. KREDIT GAMBAR: TONTON.MY. 

Berikut merupakan senarai penuh para pemenang Anugerah DFKL 2017: 

 Pelakon Lelaki Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku) 
Pelakon Wanita Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner) 
Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku 
Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku) 
Penulis Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku) 
Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap) 
Pasangan Pilihan: Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku) 
Lagu Tema Pilihan: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah) 
Drama Radio Pilihan: Terima Kasih Ex 
Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku 
Drama Pendek Pilihan: Kongsi Kalau Malu 

Pemenang sembilan kategori utama membawa pulang trofi sumbangan TV3.

 Anugerah DFKL bagi edisi keempat ini dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9 telah membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Februari hingga 20 Mac lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

 Selain kategori utama, DFKL 2017 turut mempertandingkan kategori Drama Pendek Pilihan, yang menyaksikan karya Mohammad Shafie Seyed Mohamed, Syalikh Nazrul dan Rodhwan Uvaise iaitu Kongsi Kalau Malu sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000. –MYNEWSHUB.CC

No comments