Friday, March 3, 2017

#TEKA-TEKI ~"Siapa yang tahu, tahulah..." - Syafiq

Nursyafiq Farhain. 

 RAMAI yang tertanya-tanya benarkah anggota bomba yang suaranya iras penyanyi Saleem Iklim itu adalah anak kepada pelantun lagu Suci Dalam Debu itu.

 Memetik laporan Media Hiburan Online, Nursyafiq Farhain (Syafiq) berkata, "bagi yang tahu tu, tahulah. Mana yang belum tahu tu, saya tak perlu bagi tahu pun.

 Tapi sekarang ini, nampaknya semua orang dah tau hahahaha," jelasnya sambil ketawa.

 Menurut anak muda 23 tahun ini, dia tidak berniat untuk berahsia tetapi cuma tidak mahu heboh-heboh.

 "Bila video saya dah viral, saya rasa terkejut. Niat asalnya adalah untuk suka-suka, sekadar hobi, tapi tak sangka pula dah jadi viral," ujarnya.

 Syafiq kini bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Tebrau Johor Bahru.

 Ditanya lagi, adakah dia benar berminat untuk menyanyi atau sekadar hobi?

 "Sebenarnya saya memang minat menyanyi. Kalau menyanyi untuk event bomba memang tu biasa dah.

 Pernah juga terima job luar seperti menyanyi untuk majlis orang kahwin.

 "Tapi kalau ada peluang untuk menyanyi secara serius, saya mahu mencuba," terangnya lagi.[SH]

0 comments: