#TAHNIAH ~ Nadya Syahera Selamat Bersalin, Namakan Anak Aleena Rose

Pelakon Nadya Syahera selamat melahirkan cahaya mata pertama semalam dan menamakannya, Aleena Rose.

 Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Fizul Nawi menerusi posting terbaru di akaun Instagram (IG)nya dengan kapsyen:

 “Syukur, walaupun awk keluar awal,alhamdulillah semua selamat. @aleenarose_,” tulisnya ringkas.

 Selain suami, rakannya yang dikenali sebagai Wieda Waheeda juga turut berkongsi foto di IG yang menunjukkan Nadya sedang tersenyum sambil memangku puteri sulungnya itu.

 “Tahniah @fizulnawi_ & @nadyasyahera .. comey baby ampa oiii.. selamat bpantang ye kak bed n selamat bpuasa buat Fizul.. bertabahlah ye. 

 “Moga @aleenarose_ jd anak yg solehah dan membanggakan ibu bapa..Amin.. Cepat bgn minum ..jgn tdo je keje *penyanyi pun penyanyi la nak😂😂 *anak kte sama thn babe..tp kami punye baby boy..leh dah tu,” tulisnya.

 Sementara itu, Nadya yang terkenal menerusi karakter Bella, watak antagonis yang dibawanya menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey itu juga turut membuka satu akaun IG khas buat Aleena Rose.

 Dalam pada itu ruangan komen di IG Nadya dipenuhi dengan ucapan tahniah dan selamat menjalani tempoh berpantang.[AstroGempak]

No comments