Friday, March 3, 2017

#SANTAI ~ Amy Search Kini Lebih Relaks, Banyak Luang Masa Dengan Anak

Penyanyi lagenda Amy Search akui dia kini menjalani kehidupan yang lebih tenang dan relaks.

 Vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abudl Rahman, 59, berkata dia kini lebih suka melakukan aktiviti lasak serta meluangkan masa bersama anak-anak.

 "Sekarang ni kehidupan saya lebih relaks.

Kalau ada show atau jemputan nyanyian saya pergilah menyanyi, jika tidak saya duduk di rumah sahaja bersama anak-anak.

 "Saya lebih suka meluangkan masa bersama anak-anak. Jika ada masa terluang saya yang akan tanya ke mana mereka mahu pergi.

 "Selain itu saya akan buat aktiviti saya sendiri seperti berkebun, pergi diving (menyelam), mendaki gunung dan banyak lagi asalkan ia boleh mengeluarkan peluh.

 "Saya bukan jenis yang boleh duduk diam atau keluar melepak tanpa melakukan apa-apa," katanya kepada Astro Gempak.

 Pun begitu, Amy Search memberitahu dia masih aktif dalam bidang muzik dan kini dalam proses untuk mengeluarkan single terbarunya dijangka dalam tahun ini juga.

 "Saya sudah merakamkan sebuah single solo saya, sekarang tinggal proses mixing.

 "Lagu ciptaan M.Nasir itu berjudul Embun.

 "Selain itu, saya sedang menunggu material lagu baru untuk berkolaborasi dengan Noh Hujan," katanya lagi.[AstroGempak]

0 comments: