Monday, March 13, 2017

#REZEKI ~ Fasha Sandha Peroleh Tawaran Kerja Bertambah Lepas Berambut Pendek

RAMBUT panjang mengurai merupakan mahkota idaman bagi setiap wanita di luar sana.

 Begitu juga buat selebriti wanita tempatan yang menjadikan rambut panjang mengurai sebagai salah satu imej pilihan mereka memandangkan dengan berambut panjang mereka boleh mendapat pelbagai watak sama ada antagonis mahupun protagonis,

 Jika berambut pendek pula, mereka sering kali beranggapan agak sukar untuk mendapatkan tawaran lakonan berikutan imej berambut pendek yang membuatkan tawaran watak semakin ‘sempit’ buat mereka.

 Namun hal itu sama sekali tidak menggangu pelakon terkenal Fasha Sandha yang tidak melihat perkara itu sebagai satu isu, sebaliknya dengan imej terbaharu berambut pendek, rezekinya semakin murah dan mencurah-mencurah.

“Jujur saya memang tidak selesa apabila berambut pendek.

Saya juga memikirkan apabila berambut pendek mesti tidak akan ada tawaran berlakon.

Hati saya berbelah bagi sedangkan saya memotong rambut pendek itu pun kerana komitmen kerja bagi menjayakan watak sebagai Tisha dalam Badang.

 “Ternyata segala kebimbangan saya sebelum ini hilang, apabila tawaran berlakon bertambah banyak diterima selepas tampil berambut pendek,” katanya dipetik Harian Metro.

 Soal rambut panjang atau pendek tidak menjadi masalah sebenarnya, yang penting kalau pelakon tu berbakat dalam bidang lakonan, pasti sahaja penerbit dan pengarah akan tawarkan kerja kat mereka.

 Buat apa kalau muka lawa, imej cantik tapi berlakon takde penghayatan, terus spoil mood nak tengok kan… Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

0 comments: