#PILIHAN ~ Neelofa Juri Favourite Maharaja Lawak Mega 2017

Pengacara MeleTop, Neelofa menjadi juri kegemaran Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) apabila mendapat undian tertinggi menerusi poll Astro Gempak.

 Sehingga petang tadi, Neelofa mendapat 48 peratus undian, diikuti Datuk Rosyam Nor dengan 20 peratus, Najip Ali 15 peratus dan Luna Maya 14 peratus.

 Neelofa, 28, berkata dia gembira menjadi sebahagian daripada keluarga MLM 2017 dan tidak menyangka penjuriannya pada setiap minggu menjadi perhatian penonton, khususnya peminat program realiti tersebut.

 “Saya memang sangat suka menonton program lawak sebenarnya. Saya terkejut bila tahu ramai yang undi saya sebagai juri favourite mereka.

 “Saya gembira jika ramai yang suka, tambahan lagi saya orang baru dan ini pengalaman baru saya.

Tidak seperti Luna Maya dan Najip Ali mereka tahu bagaimana nak menyusun ayat dengan baik ketika memberi komen.

 “Saya risau juga jika komen-komen yang diberikan mengguris hati peserta. Tetapi saya cuba untuk berlapik dan tidak terlalu pedas.

 “Saya tidaklah straight sangat memberi komen, cuma apa yang saya nampak, itulah yang akan saya beritahu,” katanya kepada Astro Gempak.

 Ketika ditanya tentang kandungan lawak yang dibawa para peserta setiap minggu, Neelofa berkata, MLM 2017 menyaksikan kematangan setiap pelawak yang bertanding.

 “Tahun ini saya nampak para peserta tidak terlalu ‘membahan’ antara satu dengan yang lain dan kandungan lawak mereka juga bagus.

 “Lawak-lawak yang mereka sampaikan juga berkaitan dengan isu semasa dan mass market boleh terima, pada masa saya juga nampak peserta tahun ini membawakan content yang berkualiti,” ujarnya.

 Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran cawangan kedua butik Naelofar Hijab di Publika, Kuala Lumpur.

 Nasib 13 peserta akan ditentukan menerusi persembahan mereka di minggu ketiga MLM 2017 pada mala mini yang bertemakan ‘Percutian’. MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

 MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

 Berita terikini mengenai MLM 2017, layari www.astrogempak.com.my serta jangan lupa untuk mengundi Gempak Man Of The Match (GMOTM) di laman sama.[AstroGempak]

No comments