#GOSIP PANAS ~ Yuna Semakin Terbuka Dedah Kisah Percintaan

PENYANYI antarabangsa kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna nampaknya sudah semakin selesa dan terbuka mendedahkan kisah percintaannya kepada umum.

 Ini kerana, sejak putus cinta dengan seorang jurugambar dari Amerika Syarikat beberapa tahun lalu, Yuna dilihat sedikit low profile dalam memberikan butiran lanjut mengenai perihal cintanya kepada peminat.

 Terbaharu menerusi entri di laman Instagram, Yuna mendedikasikan penghargaan khas buat lelaki yang kini bertakhta di hatinya.

 Jika anda merupakan peminat setia Yuna, pasti anda sudah lama mengetahui mengenai keakraban hubungannya dengan Adam Sinclair, cuma penyanyi itu tidak terlalu mewar-warkannya kepada media.

Adam merupakan adik bongsu kepada pelakon yang kini mencipta nama di negara jiran Indonesia, Ashraf Sinclair dan penyampai radio Mix FM, Aishah Sinclair.

 Dalam entri itu, Yuna menulis,

“Saya cintakan awak seadanya. Saya tahu yang saya bukan seorang yang mudah untuk didampingi, saya mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan tapi awak seorang yang berani untuk menerima perkara itu. 

 “Dengan awak, saya mampu menjadi wanita kuat dan tabah seperti mana yang awak katakan mengenai saya, saya sangat bernasib baik dapat meraih kasih sayang dan cinta dalam diri seorang sahabat,” tulis Yuna dalam madah penuh romantis buat lelaki teragungnya itu.

Yuna dan pengarah iklan komersil itu dikhabarkan mula rapat sejak dua tahun lalu dan mereka semakin terbuka memaparkan kemesraan selepas menggayakan pakaian sedondon ketika menghadiri majlis persandingan Ag Coco Disember lalu.

 Mungkinkah fasa melayari bahtera perkahwinan sudah menghampiri buat bintang berusia 31 tahun ini?

Sama-sama kita doakan kebahagiaan Yuna! – MYNEWSHUB.CC

No comments