#GOSIP PANAS ~ Yuna, Adam sudah bertunang minggu lalu?

Selepas memuat naik gambar bersama teman lelakinya, Adam Sinclair dengan berpakaian sedondon buat julung kali di Instagram,

Disember lalu, Yuna didakwa sudah pun mengikat tali pertunangan dengan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair itu.

Menurut sumber, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 30, menerima lamaran Adam yang juga seorang penerbit itu, minggu lalu.

"Selepas lebih setahun berkawan, akhirnya Adam melamar Yuna pada minggu lalu dan Yuna sangat gembira dan menerima lamaran berkenaan," kata sumber terbabit kepada BH Online.

Spekulasi mengenai percintaan pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak September 2015 apabila gambar Yuna bersama Adam dan abangnya, Ashraf, berserta isteri beliau, Bunga Citra Lestari, bercuti di Los Angeles, California, tersebar.

Namun begitu, tiada sebarang pengakuan dibuat oleh mereka bagi mengesahkan gosip berkenaan.

Sebaliknya, gambaran yang menunjukkan memang ada sesuatu antara mereka hanyalah dilihat menerusi status ataupun entri kedua-duanya di laman sosial, berserta keterangan gambar yang sangat romantis.

Bagi mendapatkan pengesahan mengenai berita itu, BH Online cuba menghubungi pengurus kepada penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan cukup popular dengan lagu Crush itu, iaitu Nor Zaina Wardah atau Wawa.

 Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan, malah mengatakan ia khabar angin semata-mata.

"Tak adalah, ini semua khabar angin saja.

Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu.

"Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest," kata Wawa ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.[BH Online]

No comments