Thursday, March 2, 2017

#ALFATIHAH ~ Ventriloquist Pertama Negara Pakcik Jalud Meninggal

Negara kehilangan seorang insan seni yang berbakat apabila ventriloquist pertama Malaysia, Sheikh Mahdi Ahmad Baladram meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya pagi Khamis.

 Berita Harian melaporkan, Allahyarham yang dikenali ramai lebih dikenali dengan nama Pakcik Jalud, pada era 1970-an dan 1980 -an itu meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak, Cheras kira-kira jam 11 pagi.

 Anak angkatnya, Aminuddin Ahmad Nasir, 29; berkata, Allahyarham meninggal dunia dalam usia 70 tahun kerana sakit tua dan semput.

 Beliau meninggalkan seorang balu, Normah Ibrahim, 66, serta dua anak, Warda Hanim, 43, dan Ahmad Faiz, 38

 Menurutnya, Allahyarham dikebumikan setelah selesai solat waktu Asar di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, di ibu negara selepas disembahyangkan di Surau Al-Mustaqimah,

Taman Jaya, Bandar Tun Razak. Allahyarham Pakcik Jalud antara individu pertama di negara ini yang mempunyai kebolehan berbicara tanpa menggerakkan bibir atau suara dari perut yang lebih dikenali sebagai Ventriloquisme atau Ventriloquism.

 Ia sekali gus menyaksikan Malaysia Book of Records menyenaraikan beliau sebagai ventriloquist yang pertama pada 2007.

Allahyarham pernah muncul dalam filem arahan Prof. Datuk Dr. Razak Mohaideen iaitu Mami Jarum pada tahun 2002.

 Setiap kali kemunculan Pakcik Jalud pasti ada boneka popularnya iaitu Jalud yang dibeli di Amerika Syarikat dengan harga RM300 selain sebuah lagi bonekanya diberi nama Dr. Al-Latah.

 Sebelum mengembangkan bakat dalam bidang lakonan, beliau pernah menjadi finalis bakat TV RTM pada 1987.-MYNEWSHUB.CC

0 comments: