#VIRAL ~ Suara merdu kanak-kanak 4 tahun buat netizen cair

Menerusi akaun YouTube 'Claire and the Crosbys', lebih 35 video telah dimuat naik, menampilkan Claire dan ayahnya menyanyikan lagu-lagu filem animasi Disney. - YouTube 

 MONDAY blues anda mungkin akan boleh diubati selepas menonton sebuah video yang comel, yang menyaksikan pasangan anak-beranak menyanyikan lagu duet ini.

 Kanak-kanak empat tahun, Claire Ryann Crosby telah mencuri hati ramai netizen dengan suara comelnya menerusi lagu You've Got A Friend In Me daripada filem animasi Toy Story. Video yang dimuat naik oleh ayahnya, Dave Crosby itu telah mendapat lebih tujuh juta tontonan.

 Menerusi akaun YouTube ‘Claire and the Crosbys', lebih 35 video telah dimuat naik, menampilkan Claire dan ayahnya menyanyikan lagu-lagu filem animasi Disney seperti Reflection (Mulan) dan Part of Your World (Little Mermaid).
  Reflection (Mulan) - Claire Ryann 

 Di bahagian ruangan komen YouTube, ramai yang memberi sokongan kepada Claire.

 Ada yang berkata bakat Claire perlu ditonjolkan dalam rancangan The Ellen DeGeneres Show.

 Bagi pengguna Ray Garret, dia berkata: “Saya akan mendapat anak perempuan tidak lama lagi dan video anda (Claire) membuat saya kurang gemuruh dan sangat teruja! Terima kasih!”
  You've Got a Friend In Me - Claire Ryann dan Dave Crosby[Astro Awani]

No comments