Monday, February 13, 2017

#TULAR ~ Gambar Neelofa Duduk Sebelah Raja Muda Selangor Jadi Viral

SEBELUM ini Neelofa pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dia kini sedang berkawan dengan kerabat diraja.

 Namun, pelakon dan hos Meletop itu tidak pula mendedahkan identiti jejaka berdarah diraja itu.

 Namun, semalam, tular sekeping foto Neelofa duduk bersebelahan dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, 27, dalam sebuah majlis amal.

 Gambar itu dipercayai dirakam pada bulan Disember lalu. Foto itu dikongsikan seorang netizen, Effie Amron menerusi laman mikro Twitter miliknya.

Nama Neelofa, 28, sebelum ini sering kali dikaitkan dengan hero gandingannya dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin sehinggakan mereka mendapat gelaran Lofattah daripada peminat fanatik masing-masing.

 Namun kedua-duanya menafikan mereka kini bercinta walaupun mengakui ketika di awal penggambaran drama itu mereka pernah terlibat dalam cinta lokasi. – MYNEWSHUB.CC

0 comments: