#TOP TEN ~ 10 Selebriti K-Pop Wanita Paling Cantik 2016

INDUSTRI hiburan Korea Selatan sering menampilkan ‘habuan’ mata yang tidak mengecewakan peminatnya apabila kebanyakan selebriti memiliki rupa paras cantik dan kacak.

 Kelebihan penampilan imej fizikal tersebut menjadikan ramai selebriti kelahiran negara itu menjadi kegilaan masyarakat dunia dan berjaya menakluki industri fesyen dan filem.

 Di sini kami menyenaraikan 10 teratas idola K-Pop wanita paling cantik bagi tahun 2016 menurut sumber laman Brainberries.

 1. Nana
Nana atau nama sebenarnya Im Jin-an yang sememangnya terkenal memiliki kecantikan semula jadi sama ada ketika mengenakan tatarias muka (make up) ataupun tidak.

 Nana yang juga ahli kumpulan After School pernah mendapat carta pertama sebanyak dua kali dalam 100 Most Beautiful Faces in 2015.

 2. Tzuyu
Remaja berusia 17 tahun berasal dari Taiwan iaitu Chou Tzu-yu atau Tzuyu yang juga merupakan ahli kumpulan K-Pop wanita Twice pernah tersenarai di kedudukan ke-13 dalam 100 Most Beautiful Faces of 2015.

 3. Suzy
Suzy atau Bae Su-ji yang mampu mencairkan mana-mana jejaka dengan wajahnya yang persis menjalani pembedahan plastik itu namun hakikatnya ia adalah wajahnya yang semula jadi.

 Selain mempunyai wajah yang cantik, Suzy juga terkenal menerusi lakonannya dalam drama Dream High pada 2011.

YURA

YOONA

MINAH 

Manakala tangga keempat menjadi milik Yura atau Kim Ah-young. Yura merupakan salah seorang anggota kumpulan Girl’s Day dan dalam pada masa yang sama turut bergelar seorang pelakon.

Antara lakonannnya ialah menerusi drama Secret Angel yang diterbitkan oleh Sohu TV’s Chinese.

 Di kedudukan kelima pula milik Yoona atau Im Yoon-ah iaitu salah seorang anggota SNSD. Selain cantik, Yoona juga menjadi artis palin laris di Korea Selatan dan banyak mendapat tawaran berlakon drama.

Antara drama lakonannya adalah You Are My Destiny (2008) dan The Prime Minister and I (2013).

 Minah atau Bang Min-ah mendominasi carta keenam idola K-Pop wanita paling cantik 2016.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Minah juga mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

 Minah juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Girl’s Day, namun bergerak secara solo pada tahun 2015.

SEOHYUN

HYERI

KRYSTAL

IU 

Tangga ke tujuh milik seorang lagi anggota kumpulan K-Pop SNSD iaitu Seohyun atau Seo Ju-hyun dan Hyeri dari kumpulan Girl’s Day di kedudukan kelapan.

Selain menyanyi Hyeri atau Lee Hye-ri turut aktif dalam bidang lakonan.

 Manakala di tangga kesembilan dan kesepuluh pula masing-masing milik selebriti Krystal atau nama sebenarnya Chrystal Soo Kung dan Lee Ji-eun (IU). – MYNEWSHUB.CC

No comments